Saturday, March 1, 2014

Kursus dan Pentauliahan Pegawai KRS 2014

KURSUS DAN PENTAULIAHAN PEGAWAI KRS UNTUK PEGAWAI-PEGAWAI DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH, PENGETUA, GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KERIAN TAHUN 2014

Tarikh : 1 Mac 2014
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun, SMK Abu Bakar Al Baqir, Bagan Serai, Perak.

Objektif:
  • Menyediakan pegawai PPD dan pentadbir sekolah yang lebih berkeyakinan dan berketrampilan dalam pengurusan kokurikulum di peringkat daerah dan sekolah.
  • Menyediakan pegawai PPD dan pentadbir sekolah yang benar-benar memahami fungsi dan peranan mereka sebagai pegawai kokurikulum di peringkat daerah dan sekolah.
  • Membolehkan pegawai PPD dan pentadbir sekolah di peringkat sekolah memberi arahan dan membahagikan tugas kepada guru-guru kokurikulum dengan lebih berkesan.
  • Membolehkan pegawai PPD dan pentadbir sekolah di peringkat sekolah mengawal selia aktiviti kokurikulum di peringkat daerah dan sekolah dengan lebih teratur dan berkesan.
Kumpulan Sasaran:
  • Semua pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.
  • Semua Pengetua sekolah menengah Daerah Kerian.
  • Semua Guru Besar sekolah rendah Daerah Kerian.
  • Semua Penolong Kanan Kokurikulum Daerah Kerian.